Tuesday, 10 January 2012

KANAK-KANAK DAN KREATIVITI SENI


Lukisan kanak-kanak adalah berbeza dengan lukisan orang remaja mahupun dewasa. Kanak-kanak tidak banyak mengetahui dibandingkan remaja. Kanak-kanak melukis berdasarkan lingkungan pengetahuannya. Lukisan kanak-kanak merupakan pancaran pemikiran dan pengetahuan kanak-kanak. Ahli teori kognitif berpendapat bahawa 'kanak-kanak melukis apa yang diketahui bukan apa yang dilihat.



Contohnya kanak-kanak tidak melukis anggota badan yang tidak diketahui atau melukis langit dengan garisan berwarna biru di atas kepala orang sedang berdiri untuk menyatakan pemikirannya tentang langit. Apabila kanak-kanak meningkat kefahaman dan pengetahuannya
tentang alam, konsepnya semakin komplek dan meningkat jumlah konsepnya, lukisannya turut berubah dan semakin realistik menyerupai lukisan orang dewasa. Ketepatan, terperinci dan kerjanya semakin komplek berkaitan dengan pengetahuannya.


Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak kanak. Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas.


Kamus Dewan edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Cerdas pula membawa bermaksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi. Ini bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semulajadi.


Walaupun seseorang kanak-kanak itu dikenali sebagai pintar cerdas, kreatif dan berbakat, tetapi mereka tidaklah sentiasa berjaya dalam segala yang mereka lakukan. Kecerdasan serta bakat yang mereka miliki adalah terhad kepada beberapa bidang yang khusus sahaja. Kanak-kanak yang dilabelkan sebagai seorang yang pintar cerdas, kreatif dan berbakat mempunyai ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri mereka sebagai golongan pintar cerdas jelas dapat dilihat dari aspek kognitif, akademik, fizikal, tingkah laku dan komunikasi.



DUNIA KREATIF


 Kreatif? Apa yang dimaksudkan dengan kreatif? Disini saya kongsikan beberapa lukisan kreatif untuk anda nilai bagaimana kreativiti itu terjadi dan apa itu kreativiti.





































Mampu tak kita buat?? ^__^





Sunday, 1 January 2012

Pengertian KREATIVITI

       Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang mengembangkan kreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu.

Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai;

”Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang berkaitan. ..Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6)
Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu ”creare” yang membawa maksud ”membuat”, manakala daripada perkataan Greek pula ”creare” bermaksud ”memenuhi”. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.

          Kreatif juga dikaitkan sebagai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.

           Setiap insan yang dilahirkan ke dunia dengan fitrah memiliki potensi diri. Fitrah hanya akan terserlah apabila seseorang individu berusaha keras mengetengahkannya atau dibimbing oleh orang lain. Hal ini bermakna seseorang perlu berusaha mengenal pasti kekuatan, kemampuan serta daya yang ada pada dirinya. 

          Namun dengan mengenali ciri positif tersebut dalam diri belum mencukupi tanpa usaha untuk melakukan penggilapan serta pengukuhan yang berterusan sehingga mencapai tahap yang optimum. Di samping itu, bagi memastikan potensi diri senantiasa berada pada tahap optimum, usaha mengenal pasti penghalang perlu dikenal pasti. Dengan berbuat demikian segala kekuatan dapat digembleng untuk menimbulkan tenaga penggerak yang utuh ke arah kejayaan. Pada masa yang sama seseorang individu akan senantiasa menyedari halangan yang dihadapi dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasinya.

Seni dan Pendidikan

            Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Dalam banyak perkara, matlamat langsung yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).

            Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani dan jasmani. Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah bertujuan melahirkan seseorang indivdu yang bersifat kreatif, inovatif, berimaginatif, berketrampilan serta menguasai teknologi dalam menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping memahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan yang berteraskan kebudayaan kebangsaan.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota masyarakat mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu bertujuan membentuk generasi yang berdikari dan yakin diri. Justeru dalam bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka. Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk membentuk satu profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai profesion sepenuh masa kerana terdapat ramai artist yang mampu hidup selesa melalui bidang ini.

             Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh dianggap sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada disedari atau tidak telah meletakkan seni di tempat yang sewajarnya.
Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni perlu dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh dijadikan satu formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Ini bertujuan supaya masyarakat tidak mengabaikan nilai-nilai estetika dan moral yang menjadi aset penting dalam pembangunan negara.
Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar dan berperanan unutk menyemaikan semangat cinta akan seni di kalangan peelajar.. Peranan murid, guru dan pihak pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat penting untuk merealisasikan perkara itu. Justeru semua masyarakat boleh memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan seni, budaya dan warisannya.
Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian adalah penghubung kepada faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu diberi pendedahan tentang kewajaran seni dikembangkan berdasar keperluan manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian awal manusia adalah ciptaan Allah SWT.
Pengajaran seni bukan sahaja melibatkan seni halus sahaja tetapi pelajar perlu diajar untuk melihat, mengkritik dan memahami maksud, tujuan, hubungkait dan pengaruh seni itu sendiri. Antaranya ialah isi kandungan Pendidikan Seni harus melibat seni sebagai budaya visual, kaitan perasaan, fungsi dan bentuk harus diketahui untuk menghasilkan sesuatu karya seni, tahap kognitif secara individu atau kumpulan harus diambil kira dalam P&P seni, analisis unsur sosial yang terdapat dalam sesuatu seni/objek, memahami sesuatu hal seni dan bentuk dari sudut content, gabungkan unsur teknologi dalam pendidikan Seni serta dalam menilai dan menginterpretasikan seni, harus dilihat dari segi kritikan konstruktif yang membina.

          Kesimpulannya di sini dalam kehidupan harian kita sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan seni. Tidak kira sebesar mana peranannya terhadap kehidupan kita, namun kepentingan seni wajar dilihat sebagai satu kepentingan dalam kehidupan. Penglibatan seni hampir menyeluruh, terutama jika dilihat tentang penggunaan bahan peralatan di rumah,susunan perabut, pemilihan warna dan fesyen pakaian dan banyak lagi perkara yang bersangkutan dengan kehidupan. Semuanya ini mempunyai kaitan dengan seni dan falsafah masyarakat.

about me first



BIODATA DIRI
Nama: Syazwani Binti Zainudin
Program: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni
Fakulti Seni Komputeran Dan Industri Kreatif
Semester 3
Matrik: D20101038866
No IC: 900811-13-6248
Asal: kuching, Sarawak
Tarikh lahir: 11 Ogos 1990
Email: wanizainudin_angah@ymail.com
“Seni Itu Indah, Indah itu datangnya dari Allah SWT”
“Education is not filling the bucket, but Lighting the Fire.”