Monday, 18 April 2011

My Sketches~





















Practice Make Perfect_ My Sketches

sketches saya yang pertama~


















Semi Abstrak

Semi absrtak bermaksud gambaran imej sebenar yang diubah suai dan dipermudahkan atau dimujaradkan. Walau bagaimanapun imej tersebut masih dikenali dan masih mempunyai cirri-ciri sebenar dari imej yang digambarkan. Kebanyakan karya yang dihasilkan dalam aliran impressionisme, kuibisme, dan surealisme memaparkan imej semi abstrak. Pengkarya bentuk dan aplikai warna. (Seni lukis ) gaya seni moden separa abstrak yang menggambarkan sesuatu objek dalam bentuk geometri tertentu. Semi bermakna separuh atau sebahagia. Manakala semi absrtak pula bermakna separuh absrtak.
Kubisme merupakan aliran yang paling redical, onovatif dan berpengaruh besar terhadap dalam perkembangan aliran seni rupa era abad 20an. Aliran kubisme adalah sebuah gerakan seni rupa moden pada awalabad ke-20 yang dipelopori oleh Picasso dan Braque. Prinsip dasar yang umum pada kubisme iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, pertindihan, penyederhanaan, transparansi, deformasi, menyusun dalam aneka bentuk. Gerakan ini dimulai pada media lukisan dan patung melalui pendekatannya masing-masing. Ciri dari aliran ini adalah memgaplikasikan bentuk-bentuk realisme kedalam bentuk geometri dengan pendekatan bentuk dan warna dia atas kanvas yana diibaratkan sebagai media pecahan kaca.
Istilah “kubis” itu sendiri tercetus berkat pengamatanbeberapa kritis. Louis Vauxelles (kritikus prancis) setelah melihat sebuah karya Braque di Salon des Independants, berkomputeran bahawa karya Braque sebagai reduces everything to little cubes ( menempatkan segala sesuatunya pada bentuk kubus-kubus kecil. Gil Blas menyebut lukisan Braque sebagai bizzarries cubiques (kubus ajaib). Sementara itu, Henri Matisse menyebutnya sebagai susunan petits cubes ( kubus kecil). Maka untuk selanjutnya dipakai istilah kubisme untuk memberi cirri dari aliran seperti karya-karya tersebut sebagai aliran dalam seni visual.

Seni Abstrak

Seni  Abstrak adalah satu karya seni berbentuk kontemporer yang tidak menggambarkan objek dalam dunia sbnar, tetapi menggunakan bntuk dan cara non-representasional. Ia juga boleh ditafsirkan sbagai imaginasi seni yang diolah oleh seniman dalam mncari sifat bentuk objeknya sehingga ia menjadi satu karya yang unik, yang mana bentuk dari lukisan abstrak itu sendiri tidak kita kenal sekali pun. Lukisan abstrak adalah paling sukar ditafsir. Oleh itu, lukisan abstrak prlu memilikki kepkaan yang tinggi untuk komposisi dan warna. Jadi, lukisan abstrak itu adalah sni yang lebih kepada pngrtian, cara berfikir kerana seniman melihat sesuatu dari kedalaman bentuk melalui objek, dngan bgitu akan mendapat idea, inspirasi serta semagat untuk mewujudkan sesuatu karya.
Salah satu ciri seni abstrak ialah bentuknya tidak pernah wujud. Bentuk abstrak tidak berhubung dengan bentuk apapun yang kita lihat, namun bila diamati akan kelihatan seperti sesuatu. Warna dan bentuk atau bahan tambahan dalam lukisan abstrak adalah subjek lukisan abstrak untuk kelihatan unik. Dalam penghasilan karya abstrak, lukisan abstrak cukup peka dengan komposisi, warna dan banyak menggunakan cat air.

apa itu UNSUR SENI dan PRINSIP REKAAN?

Unsur Seni dan Prinsip Rekaan adalah sesuatu yang amat penting dalam menghasilkan sebuah karya agung.

Unsur Seni
1. garisan
2. rupa
3. bentuk
4. jalinan
5. ruang
6. warna


Prinsip Rekaan
1. harmoni
2. kontra
3. penegasan
4. imbangan
5. irama dan pergerakan
6. kepelbagaian
7. kesatuan